Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Di Terengganu, lelaki jadi pilihan, kata exco

 | March 11, 2017

Seorang exco negeri berkata pemimpin Terengganu dipilih 'berdasarkan keperluan dan kehendak rakyat Terengganu sendiri'.

Ghazali-Taib-terengganu-excoPETALING JAYA: Ketiadaan pemimpin wanita dalam pentadbiran dan politik di Terengganu bukan disebabkan ia ketandusan calon kaum hawa, tetapi faktor budaya dan agama, kata exco kanan Kerajaan Terangganu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata Terengganu merupakan negeri yang berpegang teguh kepada Islam dan kepimpinan lelaki menjadi pilihan masyarakat berdasarkan sejarah negeri itu.

“Terengganu ini negeri yang berpegang kepada Islam dari segi konsepnya, sebab itu kita tengok kesesuaian untuk meletakkan pemimpin wanita, mungkin tempat tertentu agak sukar nak terima kerana keterbatasan dalam agama dan sebagainya dan mungkin juga setengah tempat menerima pemimpin wanita,” kata Ghazali.

Baru-baru ini, FMT melaporkan Terengganu langsung tidak ada wakil wanita dalam pentadbiran dan politik, manakala Selangor paling ramai mempunyai wanita.

Tinjauan juga mendapati, jawatan exco kerajaan negeri Terengganu yang bertanggungjawab hal ehwal wanita juga disandang seorang lelaki, Roslee Daud.

Ghazali berkata pemimpin negeri dipilih “berdasarkan keperluan dan kehendak rakyat Terengganu sendiri”.

“Budaya kita berbeza dengan negeri lain dan setakat ini sejarahnya begitu. Kita tidak boleh letak calon sebarangan sebab matlamat parti nak bertanding. Kita nak menang pilihan raya, misalnya masyarakat memilih pemimpin lelaki yang boleh bergerak tanpa ada halangan,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, trend masa kini menujukkan wanita diperlukan dalam pentadbiran kerajaan dan ia bersesuaian dengan penerimaan masyarakat Terengganu.

“Terpulang kepada pucuk pimpinan negeri dan pusat untuk mengkaji sekiranya perkara itu sesuai dan sama ada rakyat Terengganu sudah boleh menerima pemimpin wanita… boleh difikirkan untuk meletakkan pemimpin wanita di tempat yang sesuai yang boleh rakyat terima,” katanya.

Hak wanita

Ghazali berkata, walaupun Terengganu tidak mempunyai pemimpin wanita dalam pentadbiran, hak dan keistimewaan wanita sentiasa diangkat, dan menambah wanita antara yang paling berjaya dalam sektor perniagaan negeri itu.

“Seperti pembangunan usahawan wanita, kalau nak dibandingkan dengan negeri pantai barat yang lain, wanita Terengganu paling ramai berjaya. Bukan itu sahaja, dari segi pendidikan untuk golongan wanita di Terengganu juga sangat sempurna.

“Malah dari segi melahirkan hafiz dan hafizah, Terangganu paling ramai, golongan intelek perempuan kita paling ramai, saya cukup yakin kepimpinan Terengganu dan pusat sangat peka dalam apa sahaja keperluan untuk wanita di negeri ini,” katanya.

Sifar peratus – mana semua wanita Terengganu?


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments