Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PAS tuduh DAP anti Islam tuduh guru agama Semenanjung ‘sempit’

 | March 16, 2017

Parti yang bersekutu dengan DAP dituntut bersuara menjelaskan ucapan pengerusi DAP Sarawak itu.

VIDEO INSIDE

khairuddin

PETALING JAYA: PAS hari ini menuduh DAP sebagai anti Islam kerana menolak guru pendidikan agama Islam dari Semenanjung Malaysia mengajar di Sarawak.

PAS Selangor berkata ucapan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat semalam “secara terang-terangan” menunjukkan sikap DAP, manakala PAS Sarawak berkata ia mengapi-apikan perbezaan agama di negeri itu.

“Jika DAP diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus dan kita yakin semua masyarakat termasuk tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini,” kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

“Kita minta DAP jangan bermain isu agama dan perkauman kerana boleh mengundang suasana yang tidak elok,” katanya.

Semalam, Chieng Jen berkata dengan membawa masuk guru agama “import” yang “sempit” pemikiran dari Semenanjung, ia akan hanya mengganggu keharmonian antara kaum di Sarawak.

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo berkata DAP cuba menjadi jaguh sentimen kenegerian tetapi bertindak mengapi-apikan perbezaan agama.

“Sewajarnya DAP Sarawak menjadikan keunikan dan keharmonian segala perbezaan yang ada di negeri ini sebagai kebanggaan tersendiri. Bukan memperleceh dan memandang pihak lain dengan tanggapan pecah belah, lebih-lebih lagi perkara melibatkan sensitiviti dan sempadan agama,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin turut membidas sekutu DAP dalam Pakatan Harapan kerana membisu terhadap ucapan Chieng Jen.

“Apakah ini polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian rakan Pakatan Harapan yang lain.

“Kenyataan DAP itu menimbulkan rasa marah di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara ini.

“Ini bukan soal PAS atau sesiapa tetapi kita tidak mahu profesion guru diperlekeh, sebab guru dari Semenanjung sudah lama berkhidmat di Sarawak dan Sabah, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dibuat kerana ia merumitkan lagi keadaan,” katanya kepada FMT.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments