Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ezam sahkan tubuh parti baharu ‘bebas rasuah’

 | March 17, 2017

Datuk Ezam Mohd Nor berkata parti baharu itu akan ditubuhkan bersama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan “beberapa aktivis yang pernah dipenjarakan akibat melawan rasuah”.

Mohamad-Ezam-Mohd-Nor_rasuah_6

PETALING JAYA: Datuk Ezam Mohd Nor hari ini mengesahkan akan menubuhkan parti politik baharu dengan satu matlamat iaitu melawan rasuah.

“Ya, kami akan tubuhkan sebuah parti baharu – ‘parti bebas rasuah’. Sebuah parti yang berjuang ke arah satu matlamat, memerangi rasuah dan hanya rasuah habis-habisan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Bekas senator itu berkata parti baharunya itu tidak akan terlibat dalam perebutan kuasa dengan parti lain, tetapi hanya kepada satu matlamat itu.

“Kami akan terus menjadi parti yang kecil dan fokus kepada satu isu. Parti besar akan menyebabkan ia tertumpu kepada perebutan kuasa. Maka parti ini tidak boleh dan tidak akan menjadi besar,” katanya.

Ezam berkata parti itu akan ditubuhkan bersama bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan “beberapa aktivis yang pernah dipenjarakan akibat melawan rasuah”.

Pada 15 Mac lalu, Khairuddin berkata kepada FMT yang beliau dan Ezam sedang merancang penubuhan sebuah parti politik.

Khairuddin juga memberi jaminan partinya tidak akan bersaing dengan Pakatan Harapan, sebaliknya melengkapi “apa saja kelemahan PH” dan hanya akan bertanding 2 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ezam berkata parti kecil yang berasaskan satu objektif terbukti berjaya memberi impak kepada politik di negara lain.

“Fokus kami ialah Kementerian Kewangan kerana di sinilah lubuk kejahatan dan salah guna kuasa. Saya sendiri akan mengetuai perjuangan ini dan berdepan dengan Najib di mana saja beliau bertanding,” katanya.

Katanya, pengumuman maklumat lanjut seperti nama parti akan dibuat selepas urusan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) selesai.

Mula dikenali ketika era Reformasi pada akhir 1990-an, Ezam mewarnai politik negara dengan menganggotai beberapa parti politik, bermula dengan Umno, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Namun jodohnya dengan PPBM tidak lama, apabila keluar daripada parti itu Disember lalu, selepas 3 bulan menyertainya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments