Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Polis belum terima permohonan permit debat Dr Mahathir-Nazri

 | March 17, 2017

Ia perhimpunan yang salah di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) jika tidak mendapat kebenaran polis.

hasnan-podiumIPOH: Polis Perak tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkan majlis perdebatan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang dirancang minggu depan.

Pemangku Ketua Polis Negeri Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.

“Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sekolah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.

Sehubungan itu, katanya polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.

Hasnan berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

Katanya, polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Media baru-baru ini melaporkan, Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas, mengesahkan untuk berdebat dengan Dr Mahathir, iaitu pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam laporan itu, Nazri berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.

Beliau turut memberi jaminan perdebatan itu akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments