Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

14 penguat kuasa kes lindungi rumah urut dibebaskan

 | March 20, 2017

SPRM Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata semua dibebaskan dengan jaminan SPRM, selepas reman ke atas mereka tamat hari ini.

sprm

SHAH ALAM: Empat belas anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan yang direman 7 hari bagi membantu siasatan kes rasuah bagi tujuan melindungi aktiviti premis urut di Selangor, dibebaskan hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata semua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM, selepas reman ke atas mereka tamat hari ini.

Mahkamah Majistret Shah Alam sebelum ini mengeluarkan arahan reman ke atas anggota penguat kuasa yang berumur 26 hingga 53 tahun itu bagi tempoh 7 hari bermula 14 Mac lepas.

Ia susulan penahanan mereka dalam satu operasi khas oleh SPRM pada 13 Mac lepas di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan dan Kuala Lumpur.

Mereka yang ditahan merupakan anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mereka didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menerima rasuah bagi melindungi premis yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, menggaji pendatang tanpa izin dan melanggar aspek keselamatan kebakaran.

“Buat masa ini, 2 lagi suspek yang terdiri daripada orang awam dan seorang anggota penguat kuasa masih dalam tempoh reman untuk membantu siasatan kes tersebut,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments