Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

1,800 unggas dilupuskan di Kelantan kerana H5N1

 | March 20, 2017

Sebanyak 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 membabitkan 6 jajahan, iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh.

kelantan-h5n1-veterinaKOTA BHARU: Sebanyak 1,800 unggas dan 1,075 telur dilupuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK) semalam dalam usaha membendung wabak selesema burung (H5N1) daripada merebak.

JPVK dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak 115 sampel dari 23 premis turut diambil dalam operasi pemantauan yang dijalankan agensi itu semalam.

Jabatan itu bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi terlibat dengan aktiviti pelupusan dan pengambilan sampel yang disyaki dijangkiti H5N1.

“Secara keseluruhan sehingga 19 Mac lalu, sebanyak 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 membabitkan 6 jajahan, iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (6), Tumpat (3), Tanah Merah (1), Bachok (1) dan Pasir Puteh (3) melibatkan 43 premis.

“Jumlah pelupusan keseluruhan setakat ini adalah 33,153 ternakan dan 13,342 telur, manakala bagi aktiviti pemantauan pula, sebanyak 3,127 sampel diambil daripada 525 pemilik,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi meminta penternak atau penduduk kampung melaporkan kematian unggas mereka kepada JPVK dengan segera.

Beliau berkata, ia bagi memudahkan operasi kawalan dilaksanakan, sekali gus membolehkan proses pemulihan dilakukan dengan segera.

“Kita berharap kerajaan negeri boleh mengisytiharkan negeri ini bebas daripada wabak ini secepat mungkin bagi membolehkan penternak kembali memulakan aktiviti penternakan mereka,” katanya selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-13 di Kompleks
Kota Darul Naim yang dirasmikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, hari ini.

Kerajaan Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri, selepas beberapa ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong pada 6 Mac lepas.

 

Kelantan isytihar wabak H5N1 bencana negeri, kata exco


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments