Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Azmin serahkan kepada PAS kalau mahu putus hubungan dengan PKR

 | March 20, 2017

MB Selangor itu berkata PKR masih terbuka mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti dan mahu parti 'progresif' melakukan perubahan bersama-sama.

azmin1

SHAH ALAM: Walaupun 2 bahagian PAS di Pulau Pinang menuntut parti itu putus hubungan dengan PKR, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata partinya masih tetap berbincang dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun, Azmin berkata keputusan sama ada PAS mahu menerima 2 usul daripada Permatang Pauh dan Bayan Baru semalam bergantung kepada pimpinan tertinggi parti Islam itu.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan parti PAS dan pemimpin PAS untuk menentukan. Bagi pihak PKR kita mahu semua parti yang progresif, yang ingin lakukan perubahan bersama-sama. Pendirian PKR tidak berubah,” katanya.

Semalam, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan mendakwa PKR cuba menjejaskan kedudukan PAS dalam kalangan pengundi Melayu-Islam di kawasan itu menjelang pilihan raya umum.

Manakala Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Iszuree Ibrahim pula menuduh PKR “tidak sedikit pun menghormati” PAS ketika menganggotai Pakatan Rakyat, di samping “secara terang-terangan mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang”.

Azmin berkata PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak.

Beliau berkata tetap mahu berusaha mengekalkan pertandingan 1 lawan 1 pada PRU akan datang, dan akan melihat apa akan berlaku semasa Muktamar Tahunan PAS ke-63 bulan depan.

Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata PKR tidak ada masalah untuk bekerjsama dengan PAS di negeri itu.

“Kerjasama PAS di Selangor cukup mantap, kita ada Amanah, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“PAS Selangor juga keluarkan kenyataan, saya ingat beberapa kali mempertahankan agenda bersama, dasar bersama kerajaan negeri dan dalam sidang dewan mesyuarat exco, exco PAS mempertahankan dasar-dasar kerajaan negeri.

“Saya tak ada masalah, kamu boleh datang mesyuarat exco akan datang. Mereka selalu ada untuk sokong kerajaan negeri dan apa lagi kita jangka kepada mereka. PAS Selangor mempertahankan kerjasama ini yang telah wujud selama ini,” tegasnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments