Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Gaji masih jadi tarikan rakyat Malaysia lompat kerja

 | March 20, 2017

Kebanyakan pekerja berharap untuk kekal dengan majikan semasa dengan alasan keseimbangan kerja dan kehidupan lebih bernilai daripada keuntungan kewangan

career-changePETALING JAYA: Dalam ketidaktentuan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat, kebanyakan pekerja mengatakan gaji yang lebih tinggi atau pakej faedah akan memberi motivasi kepada mereka untuk menukar pekerjaan tahun ini.

Menurut laporan Panduan Gaji Hays Asia 2017 yang baru dikeluarkan, 61% daripada pekerja di Malaysia merancang untuk menukar pekerjaan untuk mendapat gaji yang lebih baik. Ia meningkat sehingga 8% daripada keputusan tahun lepas yang menunjukkan hanya 53%.

Antara pendorong lain termasuklah kekurangan kemajuan dalam kerjaya (47%), mencari cabaran baru (44%), gaya pengurusan dan budaya syarikat (40%) serta kekurangan latihan atau peluang pembangunan (31%).

Satu daripada 5 responden melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan kerja manakala 19% mengatakan keseimbangan kerja dan kehidupan menjadi pertimbangan utama.

Antara sebab pekerja mahu kekal dengan majikan semasa kerana keseimbangan pekerjaan dan kehidupan menduduki tempat pertama iaitu 40%, diikuti dengan gaji atau pakej faedah (38%), lokasi kerja (31%), kemajuan kerjaya (28%) dan latihan atau peluang pembangunan (25%).

Responden yang selesa dengan pekerjaan mereka juga melahirkan rasa puas hati dengan gaya pengurusan dan budaya syarikat (24%), keselamatan kerja (24%) dan cabaran baru (22%).

Menurut Panduan Gaji Hays Asia yang meninjau calon dan majikan dari seluruh China, Hong Kong, Jepun, Malaysia dan Singapura, mendapati 44% daripada calon Malaysia berpuas hati dengan gaji, bonus dan pakej faedah.

Hanya lebih separuh (53%) percaya prestasi kerja mereka dinilai dan 41% berkata masih ada ruang untuk maju dalam kerjaya semasa mereka.

Bagaimanapun, 79% bersedia untuk berpindah ke negara lain untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Apabila ditanya mengenai jangkaan gaji mereka, 29% daripada responden berkata mereka menjangkakan 3%-6% peningkatan manakala 7% jangkaan tiada peningkatan. 50% menjangkakan peningkatan lebih daripada 6%.

Sementara itu, 46% daripada majikan merancang untuk memberi kenaikan gaji antara 3% dan 6%, dan 36% merancang untuk menawarkan lebih daripada 6%. Hanya 4% berkata mereka tidak mempunyai rancangan untuk kenaikan gaji pada tahun ini.

66% daripada majikan di Malaysia berhasrat untuk memberi bonus kepada semua pekerja dan 22% lagi hanya mahu berikan kepada sesetengah pekerja sahaja.

Panduan Gaji Hays menonjolkan gaji dan trend pengambilan pekerja yang disediakan oleh lebih daripada 3,000 majikan yang mewakili 6 juta pekerja dengan julat gaji lebih daripada 1,200 jawatan.

Menurut Pengarah Serantau Hays Malaysia Tom Osborne, panduan tahun ini memaparkan cerita yang berbeza mengapa pekerja Malaysia meninggalkan pekerjaan mereka dan mengapa mereka terus kekal.

“Kami melihat peningkatan yang ketara dalam bilangan pencari kerja didorong oleh gaji dan manfaat tetapi bagi kebanyakan daripada mereka mengharapkan untuk kekal dengan majikan semasa mereka.

“Keseimbangan kerja dan kehidupan adalah lebih bernilai lebih daripada keuntungan kewangan,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments