Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Janji Khairy: Malaysia juara Sukan SEA 2017

 | March 20, 2017

Menteri belia dan sukan itu berkata kejayaan itu mampu dicapai apabila Malaysia kembali menjadi tuan rumah selepas 16 tahun tidak mengepalai sukan terbesar Asia Tenggara itu.

khairy

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin memberi jaminan Malaysia mampu menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos ini.

Menteri belia dan sukan itu berkata kejayaan itu mampu dicapai apabila Malaysia kembali menjadi tuan rumah selepas 16 tahun tidak mengepalai sukan terbesar Asia Tenggara itu.

“Tahun ini kita ada satu acara sukan besar yang dinantikan seluruh penyokong sukan negara iaitu sukan SEA dan Sukan Para Asean yang akan berlangsung pada Ogos dan September tahun ini.

“Dengan sokongan rakyat Malaysia, saya janji Malaysia akan muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA pada 2017,” katanya ketika berucap merasmikan Bina Darulaman Berhad (BDB) Triple Challenge 2017 di Taman Botani Perdana hari ini.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001, dan kini selepas 16 tahun Malaysia sekali lagi akan bertindak sebagai tuan rumah Sukan SEA ke-29 pada tahun ini.

Mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Myanmar pada 2012 mengesahkan giliran Malaysia untuk menjadi tuan rumah sukan dwitahunan serantau itu pada 2017 berikutan tiada negara yang bersedia menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Sabtu lalu, sebanyak 33 sekolah di seluruh negara dipilih untuk mempromosikan Sukan SEA di bawah program [email protected]

Khairy berkata sukan anjuran BDB selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan.

“Menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan tidak akan menjadi kenyataan sekiranya kita tidak mendapat kerjasama daripada sektor korporat seperti BDB.

“Malaysia antara negara yang banyak berdepan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti dan sakit jantung, jadi dengan adanya sukan sebegini ia dapat mengurangkan penyakit tersebut,” katanya.

33 sekolah promosi Sukan SEA 2017


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments