Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

KDN gagal tunai janji tiada lagi kematian dalam tahanan

 | March 20, 2017

Ahli Parlimen Puchong berkata sebelum ini KDN janji untuk memasang CCTV, tetapi kematian dalam tahanan tetap berlaku, malah inkues tidak mengubah apa-apa.

DEWAN RAKYAT

Gobind-Singh-Deo,-Nur-Jazlan-Mohamed,-mati-dalam-tahanan,KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal menunaikan janjinya untuk memastikan tidak berlaku lagi kematian ketika dalam tahanan, kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

Peguam itu berkata KDN sebelum ini sudah berjanji untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi, tetapi ia gagal ditunaikan.

“Ia (kematian) berlaku dalam tahanan dan daripada segi undang-undang setiap kematian dalam tahanan harus ada inkues. Tetapi, bila inkues dilakukan ia tetap tidak menyelesaikan masalah.

“Ada jaminan sebelum ini akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV), tetapi ia (kematian dalam tahanan) tetap berlaku. Inkues tetap tidak mengubah apa-apa.

“Kementerian gagal, kerana ada janji perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya ketika sesi perbahasan Titah Diraja yang dibuat Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed di Dewan Rakyat, hari ini.

Gobind berkata dalam kejadian melibatkan mati sewaktu ditahan, rakyat akan memandang serong apabila siasatan terhadap anggota polis dilakukan sendiri oleh badan yang sama.

Gobind berkata bagi menangani masalah itu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diberikan kuasa untuk mendakwa.

“Asyik kata akan kaji, tetapi kematian tetap berlaku. EAIC sendiri nyatakan ada kes tahanan dipukul. Bukankah, lebih kuasa khususnya kepada pendakwaan diberikan kepada EAIC supaya ada badan bebas yang boleh mendakwa.

“Kalau polis yang siasat kesalahan dilakukan polis, di mana kita boleh rasa siasatan yang dilakukan adalah bebas dan adil. Sudah tiba masanya, kita iktiraf polis tidak boleh menyiasat (kes dilakukan polis),” katanya.

Menjawab kritikan Gobind, Nur Jazlan berkata tidak mudah untuk pihak berkuasa mengenal pasti tahap kesihatan individu yang ditahan malah berlaku kejadian mereka yang ditahan tidak mendedahkan tahap kesihatan sebenar.

“Masalah yang berlaku adalah seperti contoh penagih dadah yang menghisap dadah dan kesihatannya tidak baik, kebetulan dia mati dalam lokap. Tidak mudah untuk kenal pasti kesihatan orang yang ditahan sepanjang masa.

“Jadi cara yang boleh dibuat adalah perbaiki ‘standard operating procedure’ dan inkues tetap diperlukan untuk memastikan ada tindakan yang boleh diambil (terhadap anggota polis yang menyebabkan kematian),” katanya.

Nur Jazlan berkata beliau tidak bersetuju EAIC diberikan kuasa untuk melakukan pendakwaan kerana dibimbangkan akan berlaku pertindihan kuasa.

“Tujuan EAIC adalah untuk menjadi ombudsman agar rakyat boleh lakukan aduan termasuk polis sendiri. Soal hendak berikan EAIC kuasa agar pendakwaan tidak timbul.

“Laporan yang dibuat EAIC bersifat bebas. Saya tidak mahu pertindihan kuasa dan EAIC dan jabatan lain dalam isu pendakwaan ini,” katanya.

Sebelum ini, S. Balamurugan, 44, yang ditahan pada 6 Februari lalu, dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman keesokannya dan peguamnya menerusi laporan polis mendakwa Balamurugan dalam keadaan lemah, tidak boleh berjalan, selain cedera di muka, berdarah di hidung dan mulut serta muntah darah ketika di mahkamah.

Susulan itu, majistret menolak permohonan reman polis dan memerintahkan pegawai penyiasat membawa Balamurugan ke hospital dengan segera.

Namun, peguamnya mendakwa Balamurugan tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dia meninggal dunia ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, pada 8 Februari lalu.

Laporan bedah siasat kedua yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur mengesahkan punca kematian Balamurugan akibat penyakit arteri koronari dengan pelbagai kecederaan akibat hentakan tumpul.

Peguam setuju lantik pendakwa khas pastikan siasatan bebas

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments