Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerajaan masih kaji cara bawa Sirul Azhar ke Malaysia

 | March 20, 2017

Kementerian Dalam Negeri berkata, undang-undang Australia yang melarang ekstradisi individu ke negara lain untuk menjalani hukuman mati, merumitkan perkara itu.

Zahid-Hamidi-Sirul

PETALING JAYA: Kerajaan masih mengkaji cara membawa Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia 11 tahun lalu, pulang ke negara ini, kata Kementerian Dalam Negeri.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul rumit kerana ia melibatkan undang-undang dan dasar negara lain.

Ramkarpal ingin tahu kenapa kerajaan menghentikan proses mengekstradisi Sirul dari Australia.

“Usaha kerajaan untuk membawa pulang Sirul bagi untuk menjalani hukuman mati menyentuh isu hak asasi manusia.

“Mengikut triti ekstradisi, dokumen permohonan ekstradisi perlu dinyatakan hukuman yang akan dikenakan ke atas penjenayah tersebut,” menurut jawapan bertulis itu.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 menjatuhkan hukuman mati ke atasnya dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri kerana bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006.

“Australia salah satu negara yang tidak menyokong pelaksanaan hukuman mati dan tidak diterima masyarakat di sana.

“Atas dasar itu, kerajaan masih mengkaji kaedah terbaik untuk menangani isu tersebut.”

Altantuya, 28, seorang penterjemah yang mempunyai 2 anak lelaki, dibunuh pada Oktober 2006.

Beliau dikatakan ditembak 2 kali di kepala, sebelum dibalut dengan bahan letupan gred tentera yang menyebabkan tubuhnya berkecai dalam hutan di pinggir Kuala Lumpur. Motif pembunuhannya masih tidak diketahui.

Kenapa Sirul belum diekstradisi ke Malaysia, soal peguam keluarga Altantuya

Akhirnya, pembunuh Altantuya di Australia terima dokumen mahkamah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments