Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pasar percuma seluruh Terengganu mulai bulan depan

 | March 20, 2017

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pasar percuma itu akan dibuka pada Isnin minggu pertama setiap bulan.

razif-pasar

HULU TERENGGANU: Golongan kurang berkemampuan di negeri ini bakal menikmati barangan keperluan secara percuma yang disumbangkan orang ramai menerusi pasar percuma di seluruh daerah mulai bulan depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pasar percuma itu yang akan dibuka pada Isnin minggu pertama setiap bulan adalah satu lagi inisiatif kerajaan negeri membantu rakyat kurang berkemampuan ekoran peningkatan kos sara hidup.

Katanya, orang ramai boleh menyumbang barangan terpakai ke pasar berkenaan yang akan dikutip urusetia pasar selama 3 minggu dalam sebulan sebelum proses pengagihan.

“Selaras dengan itu kerajaan negeri akan turut mewujudkan ‘Hari Bertemu Pelanggan’ di Wisma Darul Iman di sini pada hari sama mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Untuk permulaan kita akan bermula di sini pada minggu depan dengan menyediakan kanopi yang menempatkan barangan keperluan yang mahu diagihkan di samping turut menerima kutipan barangan yang didermakan orang ramai.

“Jadi mereka yang mempunyai senarai nama di bawah sistem e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) boleh mendaftar di kaunter pada Isnin minggu pertama bagi mendapatkan kupon untuk ditukarkan kepada barangan keperluan yang dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Masyarakat, Kakitangan Kerajaan dan Swasta di Dewan Sivik Ajil di sini hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar Toh Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib; serta Pegawai Daerah Hulu Terengganu Azmi Razik.

Dalam perkembangan lain, Razif berkata kerajaan negeri akan memperuntukkan antara RM3 juta hingga RM5 juta bagi menaik taraf longkang besar di Taman Ajil Perdana di sini bagi mengatasi permasalahan banjir yang menghantui penduduk sekitar setiap kali musim monsun tiba.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments