Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PPBM kini ahli ke-4 Pakatan Harapan

 | March 20, 2017

PKR, DAP dan Amanah bersetuju mengambil parti pembangkang baharu yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai pakatan itu.

azizah

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini ahli terbaru dalam Pakatan Harapan, selepas gabungan itu secara rasmi menerima kemasukan parti itu hari ini.

Keputusan itu dicapai oleh majlis gabungan presiden, yang sebulat suara menerima permohonan PPBM untuk menjadi ahli pakatan.

Majlis itu juga bersetuju untuk pakatan itu didaftarkan secara rasmi.

“Sekretariat Pakatan Harapan akan menyerahkan surat kepada PPBM untuk memaklumkan mengenai perkara ini,” kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menerusi satu kenyataan bersama.

“Mesyuarat itu bersetuju untuk mengadakan perbincangan serta-merta dalam kalangan 4 parti untuk menyediakan manifesto secara kolektif dan mencipta logo baharu,” katanya.

Pada 14 Mac, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan ahli parti itu secara sebulat suara bersetuju untuk membentuk sekutu dengan Pakatan.

Di bawah kertas cadangan itu, semua 3 parti dalam Pakatan dan PPBM akan menggunakan logo dan manifesto sama bagi mengelak pertembungan antara satu sama lain.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments