Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Saya seorang boleh, Nazri tak mahu penyokong ketika debat Dr M

 | March 20, 2017

Beliau juga bersetuju program Sabtu ini tidak perlu ditayangkan secara langsung kerana menganggap kedua-dua pendebat tidak mewakili parti.

nazri-mahathirKUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz berkata ahli Umno dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu hadir program debat yang dijadualkan Sabtu ini di antara antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata beliau tidak kisah sekiranya tidak mendapat sokongan penyokong kerana mampu menangkis dan menjawab sebarang soalan bekas perdana menteri itu.

“Saya hendak minta orang Umno dan BN tidak usah hadir, saya tidak ada masalah, saya seorang boleh.

“Bukannya saya hendak bercakap dengan wakil Umno. Saya hendak bercakap pada pembangkang, saya mahu mereka dengar penjelasan saya,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencabar Nazri berbahas beberapa isu termasuk 1MDB, skandal BMF dan wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Nazri bersetuju debat itu diadakan di kawasan Parlimen Nazri di Padang Rengas, Perak pada 25 Mac ini.

Dr Mahathir sebelum ini memberi jaminan acara itu akan berlangsung dalam keadaan aman.

Nazri berkata debat beliau dengan Dr Mahathir tidak mementingkan kemenangan atau kekalahan, sebaliknya hanyalah sesi soal dan jawab.

“Saya difahamkan adalah wacana. Jadi, tanyalah soalan, dan jawab. Mana ada kalah dan menang, ini bukan budak-budak punya debat, ini serius punya debat,” katanya.

Nazri, yang juga ketua Umno Padang Rengas, juga setuju debat itu tidak ditayangkan secara langsung kerana mantan perdana menteri itu tidak mewakili pembangkang.

“Saya rasakan Dr Mahathir tidak mempunyai kedudukan. Dia bukannya ketua pembangkang.

“Tetapi, saya juga bukanlah ketua kerajaan, jasi saya ingat debat ini adalah individu lawan individu. Jadi tidak ada status untuk gunakan siaran secara langsung,” katanya.

 

Biar rakyat nilai debat saya dan Nazri, kata Dr M


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments