Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tepat tindakan KM Sarawak bangkit ‘kesaksamaan’ RUU Hadi

 | March 20, 2017

Ketua PKR Sarawak Baru Bian juga berharap tidak ada ahli Parlimen BN dari negeri itu yang tidak hadir ketika RUU berkenaan dibentangkan dan diundi.

Baru-BianPETALING JAYA: Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg mengambil langkah yang tepat dengan membangkitkan elemen diskriminasi dan tidak berperlembagaan dalam cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), kata Baru Bian.

Pengerusi PKR Sarawak itu berkata beliau juga gembira apabila ketua menteri membawa rasa was-was kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutama berkenaan dengan kesaksamaan untuk semua di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, lapor The Borneo Post hari ini.

“Kami tidak boleh terima undang-undang syariah, kerana Malaysia sudah ada undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

“Artikel 4 perlembagaan dengan mudah menyatakan: “Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi Persekutuan’,” katanya dipetik daripada akhbar itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan rang undang-undang (RUU) Akta 355 tahun lalu, tetapi ia dipermudahkan dengan hukuman ditambah kepada denda sehingga RM30,000, penjara maksimum 30 tahun dan sebatan sehingga 100 kali.

Baru mendesak semua ahli Parlimen Sarawak untuk berani menolak pindaan kepada Akta 355 itu jika ia dibentangkan di Parlimen.

“Mari berharap tidak ada kes tidak hadir hanya kerana ada ‘mesyuarat’ atau ‘lawatan rasmi kecemasan’, yang memberikan alasan kepada ahli Parlimen Sarawak tidak berada di Parlimen ketika RUU itu dibentangkan dan diundi.

“Mereka perlu hadir untuk undi menolak RUU itu bagi membawa suara hati dan aspirasi terhadap negara Malaysia yang sepatutnya,” katanya.

Baru berkata Abang Johari juga perlu mengarahkan semua ahli Parlimen Sarawak mesti hadir di Parlimen ketika RUU itu dibentangkan, dibahas dan mengundi untuk menentangnya.

Sementara itu, rakan sejawatnya di Sarawak, DAP juga percaya Abang Johari masih “sedikit samar-samar” dengan membiarkan Najib menangani perkara yang dibangkitkan.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen yang juga ahli Parlimen Bandar Kuching berkata beliau dan 4 lagi ahli Parlimen DAP dari Sarawak akan memantau kehadiran dan undian daripada 25 ahli Parlimen BN dari negeri itu.

“Kami akan memainkan peranan terhadap apa yang benar-benar berlaku ketika di Parlimen iaitu ketika waktu mengundi untuk RUU itu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini dilaporkan parti BN Sarawak Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sudah mengarahkan ahli Parlimen untuk mengundi menolak RUU itu.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments