Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tilam kenaf masuk pasaran Korea Selatan

 | March 20, 2017

Tilam daripada fiber kenaf direka bentuk untuk menyokong postur badan, pengudaraan lebih baik, bebas bahan kimia, lebih ringan dan tahan lebih lama

tilam-kenafGEORGE TOWN: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) hari ini melancarkan eksport tilam berasaskan fiber kenaf ke Korea Selatan dalam usaha memperkembangkan industri komoditi itu ke pasaran antarabangsa.

Ketua pengarahnya, Samsudin Noor berkata sebanyak 180 tilam bernilai lebih RM110,000 (AS$25,000) akan dieksport bagi memenuhi tempahan pelanggan di negara itu.

Menurutnya, tilam kenaf yang dihasilkan dengan kerjasama Coco Industry Sdn Bhd itu merupakan produk hijau yang sangat digemari oleh rakyat Korea Selatan dan Jepun.

“Terdapat permintaan dan minat yang tinggi terhadap tilam berasaskan fiber kenaf yang mempunyai ciri lebih baik berbanding tilam fiber lain, antaranya reka bentuk menyokong postur badan, pengudaraan lebih baik, bebas bahan kimia, lebih ringan dan tahan lebih lama.

“Tilam kenaf juga menghindarkan serangga seperti pepijat di samping menghasilkan ion negatif yang sangat baik untuk kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran eksport tilam itu, hari ini.

Samsudin berkata siri ke-2 eksport tilam kenaf ke Korea Selatan dijangka menyusul April ini dan selepas itu pihaknya akan meluaskan pasaran ke Jepun, Australia dan China.

Menurutnya, dengan pelancaran eksport tilam kenaf ke pasaran antarabangsa, ia diharap dapat meningkatkan hasil jualan produk kenaf sehingga RM10 juta bagi tahun ini.

Setakat ini, katanya LKTN mempunyai tanaman kenaf seluas 3,000 hektar melibatkan kira-kira 1,000 petani dan menyasar memperluas kawasan tanaman sehingga 10,000 hektar menjelang 2020.

“Kenaf sangat mudah diusahakan dan hanya mengambil masa selama 4 bulan untuk matang dan sehektar kawasan tanaman boleh menghasilkan antara 10 hingga 12 tan kenaf,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments