Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tindakan roboh rumah Orang Asli di Sabah dikutuk

 | March 20, 2017

JOAS mendesak Jabatan Perhutanan berhenti mengusir Orang Asli di seluruh negara dan libatkan diri secara membina dengan mereka yang bersusah payah mempertahankan rumah di dalam hutan.

kaum-dusun

PETALING JAYA: Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) mendesak Jabatan Perhutanan supaya melibatkan diri dengan masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia, bukannya mengambil langkah agresif seperti mengusir dan menghalang usaha mereka mempertahankan tanah tradisi di dalam hutan.

NGO itu yang memberi tumpuan pada kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini berkata demikian ketika mengutuk tindakan merobohkan rumah orang Dusun Kiulu di Tongod, Sabah pada 17 Mac lalu.

“Masyarakat Dusun Kiulu kini tidak berumah akibat tindakan ganas itu,” kata Naib Presiden JOAS Sabah Juhaidi Marindal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jabatan itu menuduh penduduk Kampung Bobotong menceroboh tanah rizab di hutan itu.

“Masyarakat Dusun Kiulu tinggal di kawasan itu lama sebelum ia digazet sebagai tanah rizab hutan, adan mereka menanam pokok buat serta kelapa sawit di situ untuk menyara hidup.

“Jabatan itu sepatutnya bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mencari penyelesaian damai sebelum mengambil tindakan drastik seperti itu.

“Daripada mencaci kami Orang Asal, kami berharap Jabatan Perhutangan akan membabitkan diri dengan kami dengan cara lebih bermakna,” katanya.

Juhaidi berkata jabatan itu difahamkan sudah menghentikan perobohan itu dan memberi masa kepada penduduk kampung sehingga 30 Mac untuk berpindah keluar dari kawasan itu sebelum mereka meneruskan tindakan merobohkan rumah.

Laman web The Borneo Today melaporkan perobohan itu tetap berlaku walaupun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sudah menulis surat kepada jabatan berkenaan meminta butiran lanjut mengenai pencerobohan itu.

Laporan itu berkata pegawai jabatan berkenaan, ditemani pegawai beruniform menggunakan gergaji rantai untuk merobohkan rumah masyarakat Orang Asli itu.

Presiden JOAS Yusri Ahon berkata beliau terkejut dengan tindakan jabatan itu, bukan saja di Sabah tetapi berlaku juga di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata kekejaman yang dikatakan berlaku di Sabah itu sebelum itu berlaku di Kelantan, apabila Jabatan Perhutanan negeri tu memusnahkan sekatan dibina Orang Asli Temiar ketika melindungi hutan mereka daripada aktiviti pembalakan.

Beberapa Orang Asli ditahan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan berkaitan sekatan itu yang dibuat bagi menghalang pembalak memasuki kawasan hutan rizab di Gua Musang.

Ia menyebabkan kemarahan Orang Asli di seluruh negara yang mendakwa kerajaan negeri gagal menjaga kebajikan mereka.

“Orang Asal di Sabah berjaya mengamalkan kaedah pemuliharaan seperti sistem tagal yang mengembalikan populasi ikan di sungai.

“Jabatan Perhutanan sepatutnya menghentikan kaedah agresif mereka dan mula bekerjasama dengan Orang Asal untuk melindungi hutan kita,” kata Yusri.

Pengarah Sekretariat JOAS Beverly Joeman berkata Malaysia ialah penandatangan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments