Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Unesco angkat dondang sayang sebagai warisan budaya

 | March 20, 2017

Mak Yong diiiktiraf bagi elemen seni persembahan, manakala Batu Bersurat, Surat-surat Sultan Abdul Hamid, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu diiktiraf bagi elemen "Memory of the World"

dondang-sayang

KUALA TERENGGANU: Jabatan Warisan Negara akan mengangkat Dondang Sayang sebagai elemen Warisan Kebudayaan Tidak Ketara ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan dunia.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mod Zaky Din berkata, Jabatan Warisan bersedia dengan menjalankan penyelidikan yang rapi terhadap Dondang Sayang serta mendokumen mengikut garis panduan yang lengkap bagi pertubuhan dunia itu.

“Oleh kerana persaingan terlalu sengit, jadi jawatankuasa pencalonan di peringkat UNESCO hanya mengehadkan satu negara hanya satu seni warisan saja yang boleh diangkat ke pertubuhan dunia itu di mana Malaysia mencalonkan Dondang Sayang, yang bertapak di Melaka itu.

“Kalau kita mahu angkat lebih daripada satu, ia hendaklah bergabung bersama negara lain seperti Indonesia dan Brunei di bawah elemen yang sama seperti pantun yang kita angkat bersama Indonesia,” katanya selepas merasmikan Bengkel Pembangunan Keupayaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Modul 3 & 4, hari ini.

Zaky berkata dengan mengangkat Dondang Sayang ke UNESCO ia sekali gus dapat meningkatkan imej negara ini di mata dunia selain memperkembangkan minat masyarakat dunia terhadap seni dan budaya masyarakat majmuk di negara ini.

Katanya, setakat ini Mak Yong diiiktiraf bagi elemen seni persembahan, manakala 4 lagi iaitu Batu Bersurat, Surat-surat Sultan Abdul Hamid, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu diangkat dan diiktiraf bagi elemen “Memory Of The World”.

Beliau berkata, sehingga kini dalam bidang warisan tidak ketara, negara mewartakan sejumlah 331 elemen untuk dilindungi oleh undang-undang negara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments