Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Azmin: PH semakin kuat, diyakini rakyat dengan adanya PPBM

 | March 21, 2017

Mohamed Azmin Ali berkata, PKR sentiasa terbuka kepada mana-mana parti yang mahu melihat negara menjadi lebih baik dengan menyertai PH.

azmin-ali_pakatan_600

SUBANG JAYA: PKR yakin Pakatan Harapan (PH) semakin kuat dan diyakini rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR itu berkata, PKR sentiasa sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana individu dan parti yang mahukan perubahan buat negara dan rakyat.

“(Penyertaan PPBM dalam PH) ini harus dilihat secara positif apabila PPBM mengambil keputusan menyertai PH membuktikan PH pada hari ini satu platform yang kuat dan diyakini rakyat.

“Maka, untuk hadapi PRU14 ini, kita perlu menggembleng seluruh tenaga dan pemikiran yang ada di kalangan parti progresif yang mahukan perubahan,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Putra Height hari ini.

Semalam, PPBM menjadi ahli terbaru PH selepas Majlis Gabungan Presiden sebulat suara menerima permohonan parti baru itu untuk menjadi ahli PH.

Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, soal 1 logo, nama dan manifesto PH sudah diserahkan kepada sebuah jawatankuasa yang dibentuk bagi meneliti cadangan itu dan ia akan ditentukan Majlis Presiden minggu depan.

“Ini sedang dibincangkan di peringkat sekretariat, ada konsensus pimpinan PH dan PPBM untuk wujudkan 1 logo dan 1 manifesto menjelang PRU14.

“Kita sudah serahkan kepada jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti perkara ini secara teliti dan akan kembali semula kepada Majlis Presiden untuk keputusan yang akan diambil.

“Saya ingat dalam masa terdekat sebab Majlis Presiden akan bersidang semula pada minggu depan yang turut dianggotai PPBM,” katanya sambil menambah penyertaan PPBM dalam Majlis Presiden menunjukkan PH bertindak pantas bagi menghadapi PRU14.

PPBM kini ahli ke-4 Pakatan Harapan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments