Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

CCTV dalam pawagam sah, tetapi…

 | March 21, 2017

Peminat filem perlu memberi kebenaran untuk rakaman mereka dipaparkan kepada umum.

law_cctv_cinema_600

PETALING JAYA: Pemilik pawagam yang memantau gerak-geri penonton dalam dewan panggung menerusi kamera litar tertutup (CCTV), perlu mendapatkan kebenaran mereka sebelum menyiarkan rakaman itu kepada umum.

Kegagalan berbuat demikian bermakna pemilik pawagam melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi, kata peguam Foong Cheng Leong mengulas keputusan Lotus Five Star (LFS) memantau aktiviti penonton dalam dewan panggung pawagamnya di Kuala Terengganu.

Katanya, pemantauan itu adalah sah, tetapi pemilik perlu mendapatkan kebenaran penonton sebelum rakaman CCTV itu boleh disiarkan kepada umum.

“Selagi orang yang pergi ke pawagam tahu mereka akan dirakamkan dan rakaman itu akan disiarkan untuk tatapan umum, dan mereka bersetuju dengan membeli tiket, maka ia tidak menjadi masalah,” katanya kepada FMT.

Katanya, Akta Perlindungan Data Peribadi memerlukan notis privasi disiarkan bagi memaklumkan peminat filem bagaimana rakaman CCTV itu akan digunakan.

LFS memulakan operasi pawagamnya di Kuala Terengganu Sabtu lalu. Ia adalah pawagam pertama yang dibuka di daerah itu selepas lebih 20 tahun.

“Tempahan pada hujung minggu penuh untuk semua tayangan malam,” kata seorang jurucakap syarikat itu kepada FMT.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek LFS, Mohamad Shah Abdul Aziz yang dipetik Sin Chew Daily berkata, pawagam yang terletak di PB Central itu tidak melaksanakan pengasingan penonton lelaki dan wanita serta pemasangan lampu ketika tayangan filem.

Tetapi, katanya, setiap dewan panggung dilengkapi CCTV dengan gerak-geri penonton akan disiarkan di televisyen di lobi pawagam itu. Langkah itu bertujuan mengelakkan penonton berkelakuan tidak senonoh dalam keadaan gelap.

Nazri: Pawagam Terengganu pupuk ikatan kekeluargaan

Tengok wayang di Terengganu? Anda diperhati


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments