Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Jangan panik dengan cerita rekaan, Empangan Pedas tak pecah’

 | March 21, 2017

Wan Rasdi Wan Ismail berkata, banjir di Rembau dan kawasan sekitarnya semalam berpunca daripada limpahan air sungai akibat hujan lebat.

Rembau-banjir_empangan-pedas_600

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd menafikan dakwaan kononnya Empangan Pedas pecah yang mengakibatkan banjir di Rembau dan kawasan sekitarnya semalam.

Pengarahnya, Wan Rasdi Wan Ismail berkata, kejadian banjir itu tiada kena-mengena dengan empangan pecah yang katanya sengaja direka bagi memburukkan lagi keadaan.

“Banjir ini kerana hujan lebat yang menyebabkan limpahan air sungai. Empangan Pedas berada dalam keadaan baik dan jika penuh pun, ia (empangan) akan mengeluarkan air melalui alur limpah ke sungai.

“Saya minta orang ramai tidak panik, tidak perlu tular benda yang tidak betul dan tidak perlulah mereka-reka cerita,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir di Rembau dan Kuala Pilah yang ditularkan dalam media sosial kononnya ia berlaku akibat Empangan Pedas pecah.

Wan Rasdi berkata, sekiranya benar, sudah tentu ramai terkorban, namun apa yang berlaku ialah sebaliknya.

“Hentikan sebar benda tidak sahih. Semua empangan di sini masih dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan banjir itu berlaku akibat empangan pecah.

Beliau sebaliknya menegaskan ia berpunca daripada hujan lebat luar biasa sejak malam kelmarin yang menyebabkan limpahan di Sungai Rembau.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Balai Raya Sungai Timun kekal 31 orang, setakat 9 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, mangsa terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 11 wanita, 7 kanak-kanak dan 2 bayi.

“Hanya sebuah pusat pemindahan dibuka setakat ini dan tiada jalan terputus hubungan.

“Trend air di Kampung Sungai Timun juga kelihatan menurun,” menurut kenyataan itu hari ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments