Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kekalahan Nik Abduh tak jejas kerjasama PKR-PAS, kata Azmin

 | March 21, 2017

Mohamed Azmin Ali berkata, kerjasama PKR dengan PAS bukan disebabkan individu tertentu.

azmin-ali_nik-mohamad-abduh-nik-abdul-aziz_600

SUBANG JAYA: Kekalahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam pemilihan peringkat kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019 tidak akan menjejaskan kerjasama PKR dengan PAS, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, PKR tidak campur tangan urusan dalaman PAS.

“Itu kita serahkan kepada parti berkenaan. Bila kita ambil pendirian untuk bekerjasama dengan PAS, bukan kerana individu tertentu.

“Tetapi, ini adalah kerana dasar parti PKR dan PAS. Ia tidak bergantung kepada mana-mana individu,” katanya pada Majlis Pelancaran Rumah Mampu Milik Pangsapuri Harmoni di Putra Heights hari ini.

Sabtu lalu, Nik Abduh yang merupakan ahli Parlimen Pasir Mas tewas dalam perebutan jawatan timbalan yang dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Beliau yang juga ketua Pemuda PAS Pusat dan kawasan itu hanya memperoleh 37 undi berbanding 209 undi yang diraih pencabarnya, Dr Izani Husin yang merupakan penyandang kerusi itu.

Nik Abduh tak mahu pertahan jawatan ketua Pemuda PAS


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments