Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

RM26 bilion peruntukan untuk pertahanan, kata Najib

 | March 21, 2017

Pertahanan dan keselamatan paling penting kepada mana-mana negara untuk mengekalkan keutuhan wilayah dan kedaulatan negara

najbi_atm_600

LANGKAWI: Perbelanjaan pertahanan Malaysia akan terus meningkat selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan pelan jangka panjang untuk memodenkan dan menaik taraf peralatan mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata RM26 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RM11) untuk meningkatkan pertahanan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan.

“Pertahanan dan keselamatan adalah paling penting kepada mana-mana negara kerana ia satu keutamaan bagi mengekalkan keutuhan wilayah dan kedaulatan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) hari ini.

Menurut beliau, Malaysia perlu melengkapkan angkatan tenteranya dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden iaitu simetri dan asimetri.

“LIMA ’17 menghimpunkan firma aeroangkasa dan maritim dari seluruh dunia untuk mempromosikan teknologi terkini mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata penganjuran LIMA adalah seiring dengan keperluan untuk melengkapkan ATM dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden.

“Kami sangat berbangga kerana LIMA terus menjadi laluan masuk yang berkesan, salah satu daripada pasaran terbesar aeroangkasa dan maritim dunia dan ia menjadi kalendar acara global utama,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments