Kabinet lulus cadangan RUU kesalahan seksual kanak-kanak
Ia akan dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama, minggu depan.
Beliau berkata sehubungan itu RUU itu akan dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama, minggu depan.
“Rang undang-undang ini penting untuk menangani keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak di Malaysia.
Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan lagi perlindungan bagi kanak-kanak daripada penjenayah seksual serta menjaga kebajikan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya RUU itu secara amnya memperuntukkan mengenai kesalahan seksual tertentu terhadap kanak-kanak dan hukumannya, sebagai tambahan kepada kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang termaktub dalam perundangan sedia ada.
Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuka jalan dan membentuk pasukan petugas bagi menangani isu jenayah seksual kanak-kanak.
Beliau berkata kejayaan Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual Kanak-Kanak anjuran Permata yang berlangsung pada 13 dan 14 Mac lepas juga telah membuka mata banyak pihak mengenai keperluan rang undang-undang berkenaan untuk memberi persekitaran yang sihat dan selamat kepada kanak-kanak.
Pada Ogos 2016, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan sebuah pasukan petugas dengan kadar segera bagi mengkaji dan meneliti isu-isu berkaitan jenayah seks, terutamanya jenayah rogol yang membabitkan kanak-kanak.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Azalina kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak berkaitan jenayah seksual kanak-kanak itu.