Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

2 mangsa culik Abu Sayyaf dibawa pulang ke tanah air esok

 | March 25, 2017

Wisma Putra berkata, Abdul Rahim Summas, 62, dan Tayudin Anjut, 45, akan diterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Filipina sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

kidnap

PUTRAJAYA: Kementerian Luar sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia untuk membawa pulang 2 mangsa culik warga Malaysia yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina, kelmarin.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata, Abdul Rahim Summas, 62, dan Tayudin Anjut, 45, akan diterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Filipina sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Dalam kenyataan berasingan, ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua mereka akan tiba di Kuala Lumpur esok.

Tanpa mendedahkan tempat dan waktu mereka tiba, Khalid berkata, mereka akan diambil keterangan berhubung kes berkenaan.

“Ketika ini mereka berada di Manila, Filipina bersama pihak berkuasa di sana dan akan tiba di Kuala Lumpur esok,” kata Khalid yang enggan mengulas lanjut.

“Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila,” kata Wisma Putra dalam kenyataan dikeluarkan sebelum tengah hari tadi.

Abdul Rahim dan Tayudin, kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun, status 3 lagi kru yang turut diculik dalam kejadian tersebut iaitu Fandy Bakran, 26; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, belum diketahui.

Kementerian Luar berkata, kerajaan Malaysia melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Filipina atas usaha menyelamatkan kedua-dua mangsa culik tersebut.

Semalam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments