Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Naikkan usia persaraan hakim ke 70, kata ketua hakim

 | March 28, 2017

Tun Arifin Zakaria berkata hakim mampu dan mentalnya masih peka pada usia 70 tahun dan hakim di negara lain terkejut kerana hakim di Malaysia bersara ketika berusia 60 tahun.

ariffinPUTRAJAYA: Hakim di Malaysia mampu untuk berkhidmat di mahkamah sehingga usia 70 tahun, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Beliau yang akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi berkata hakim di negara jiran seperti Singapura, Filipina dan Indonesia bersara pada usia antara 70 dan 75 tahun.

“Mereka terkejut hakim kita bersara usia 66 tahun,” katanya kepada wartawan ketika temu bual menjelang persaraannya minggu ini.

Arifin berkata hakim Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat kekal memegang jawatan selagi mereka sihat fizikal dan mental.

“Kita tidak perlu ekstrem seperti itu tetapi cukuplah jika usia persaraan dinaikkan ke 70,” katanya.

Beliau berkata untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan hakim, Perlembagaan Persekutuaan perlu dipinda dengan sokongan majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, katanya kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti untuk meluluskan pindaan perlembagaan di Dewan Rakyat.

Arifin berkata ia terserah kepada ahli Parlimen untuk mengundi mengikut kebijaksanaan mereka atau barisan parti jika pindaan seumpama itu akan dibentangkan.

Bekas menteri undang-undang Tan Sri Rais Yatim, yang tahun lalu mencadangkan lanjutan usia persaraan hakim berkata, hakim mungkin tidak ada desakan adrenalin seperti individu lebih muda, tetapi mereka ada “ketangkasan, kebijaksanaan dan kuasa minda yang kita mahu”.

Mengenai perkara lain, Arifin berkata beliau menggalakkan hakim untuk menulis penghakiman menentang jika mereka ada pandangan kuat mengenai kes yang perlu diputuskan.

“Perlu ada alasan sebenar untuk menentang. Jangan sewenangnya menentang hanya sekadar untuk menentang. Jika anda rasa anda perlu pandangan berbeza daripada majoriti, anda bertanggungjawab untuk berbuat begitu,” katanya.

Arifin berkata beliau sendiri pernah menulis penghakiman yang berbeza daripada majoriti ketika bertugas di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Katanya, ahli akademik, peguam dan masyarakat umum boleh mengulas penghakiman itu tetapi ia perlu menggunakan bahasa yang sederhana.

“Kami mengalu-alukan ulasan kerana kami mahu tahu pandangan golongan peguam dan pakar akademi,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments