Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

BN tak perlu jaja caj 20 sen beg plastik, kata adun DAP

 | April 3, 2017

Ng Suee Lim mencadangkan kerajaan Selangor menubuhkan sebuah tabung khas untuk menyimpan caj 20 sen yang dikenakan kepada pengguna dan ia dikira setiap 1 atau 3 bulan.

Ng-Suee-Lim_plastik_600new

SHAH ALAM: Wakil rakyat DAP, Ng Suee Lim hari ini memberi amaran kepada adun Barisan Nasional (BN) supaya tidak menjadi juara dengan menjaja caj 20 sen yang dikenakan kepada pengguna bagi setiap beg plastik.

Adun Sekinchan itu berkata, kerajaan Selangor tidak pernah memaksa pengguna membayar 20 sen untuk setiap beg plastik dan tidak mengambil wang daripada bayaran itu.

“Kerajaan (Selangor) tidak paksa (bayar caj 20 sen). Kalau tidak ambil plastik, tidak perlu bayar.

“Kita tidak ambil duit itu dan saya ingin beritahu jangan guna isu ini untuk jadi juara. Kita mahu didik rakyat supaya lebih mesra alam dan boleh jadikan kempen ini kempen berjaya.

“Saya minta wujud satu tabung khas dan pengiraan setiap 1 atau 3 bulan,” katanya pada sesi perbahasan usul dasar bebas plastik dan bekas makanan polisterina hari ini.

Terdahulu, Adun BN-Dengkil, Shahrum Mohd Sharif meminta kerajaan negeri mempromosikan kempen tanpa beg plastik di negeri itu sebelum menguatkuasakan dasar itu.

Ini kerana katanya, perlu ada jangka masa tertentu dan notis pemberitahuan supaya pengguna sedar mengenai dasar itu.

“Mengenakan caj 20 sen hari-hari tidak munasabah. Kempen yang seharusnya beri kesan bebas sudah jadi kempen beli beg plastik,” katanya.

Pada 21 Disember 2016, Elizabeth Wong dilaporkan berkata, bekas makanan polisterina dan beg plastik tidak akan dibekalkan peniaga secara percuma mulai 1 Januari 2017.

Exco pelancongan, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal pengguna Selangor itu berkata, peniaga akan mengenakan caj minimum 20 sen kepada pengguna yang memerlukan beg plastik.

Larangan penggunaan bekas makanan polistirena dan beg plastik turut dijadikan syarat tambahan bagi peruncit memohon atau memperbaharui lesen perniagaan dan peniaga yang gagal mematuhi syarat itu akan dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

Selangor haramkan beg plastik mulai 2017, kata exco


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments