Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Proton jangka tiada kesan buruk lepas jual 51% ekuiti

 | April 3, 2017

Kementerian Kewangan berkata usaha sama rakan kongsi strategik mampu meningkatkan keupayaan Proton menghasilkan pelbagai kenderaan dengan harga yang kompetitif dan berteknologi terkini.

proton_6001

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menjangka sebarang kesan buruk yang akan timbul susulan penjualan 51% ekuiti Proton Holdings Bhd (Proton) kepada pelabur dari luar negara, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu berkata usaha sama bersama rakan kongsi strategik mampu meningkatkan keupayaan Proton untuk menghasilkan pelbagai kenderaan dengan harga yang kompetitif dan berteknologi terkini.

“Pengeluaran produk baharu hasil daripada perkongsian strategik dijangka akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran kilang.

“Secara keseluruhannya, dengan peningkatan jumlah pengeluaran kenderaan dan komponen tempatan, perkongsian ini akan memberikan skala ekonomi dan model perniagaan yang lebih berdaya maju kepada Proton, pembekal dan wakil pengedar di Malaysia,” kata kementerian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Ia bagi menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-PJ Selatan) yang meminta menteri kewangan menyatakan akibat yang lebih buruk terhadap Proton selepas kesanggupan kerajaan membenarkan pegangan ekuiti 51% kepada pengusaha automobil negara asing terutama dari negara China.

Kementerian Kewangan turut menyatakan DRB-Hicom selaku pemegang saham tunggal Proton, kini dalam proses penilaian akhir ke atas bidaan yang diterima bagi memastikan pertimbangan sepenuhnya.

“Ini supaya manfaat yang menyeluruh dapat diperoleh oleh semua pihak yang berkepentingan, termasuklah pemegang saham, pekerja, rangkaian pembekal dan pengedar serta pengguna dan rakyat Malaysia amnya,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments