Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rayuan Rafizi kes dedah laporan 1MDB didengar 9 Ogos

 | April 4, 2017

Pada 14 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Rafizi yang menghadapi 2 pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

rafizi-ramlii_law_600
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar rayuan Ahli Parlimen Pandan

terhadap hukuman penjara 18 bulan kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada 9 Ogos.

Penolong Kanan Pendaftar Asfahani Hamzah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Izwan Ariff Ibrahim dan peguam Haijan Omar yang mewakili Rafizi.

Izwan Ariff ketika ditemui pemberita berkata kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Pada 14 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Rafizi yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Bagaimanapun Hakim Zulqarnain Hassan yang memerintahkan hukuman itu berjalan serentak, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan Rafizi didengar di Mahkamah Tinggi.

Naib presiden PKR itu didapati bersalah memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun.

Rafizi, 40, turut didapati bersalah mendedahkan kandungan laporan tersebut pada sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments