Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Siti Kasim balas balik peringatan murtad mufti Perak

 | April 4, 2017

Peguam itu “memulang paku buah keras” kepada Tan Sri Dr Harussani Zakaria selepas mufti itu berkata “tindakan Siti Kasim menjurus kepada murtad”

siti-kasimPETALING JAYA: Peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim berkata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria melakukan perkara sama seperti memfitnahnya dan oleh itu boleh dihukum 80 sebatan, menurut Al-Quran.

Menjawab kepada komen dibuat mufti itu pada sidang media di Ipoh semalam, Siti Kasim berkata Harussani tidak sepatutnya bercakap sebelum memastikan faktanya tepat.

“Saya tidak murtad. Dia perlu dengar temu bual asal saya. Jangan terkeliru dengan versi potong dan tampal yang berunsur fitnah oleh menara.my, laman web fundamentalis yang hanya menyerang sesiapa saja yang Islamofasis anggap sebagai liberal.

“Itu fitnah besar untuk menuduh wanita secara salah, boleh dihukum 80 kali sebat menurut Al-Quran,” katanya dalam postingnya di Facebook awal hari ini, bersama surah Al-Quran di mana 4 saksi diperlukan untuk menuduh.

Semalam, Bernama melaporkan Harussani sebagai berkata Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh perkara “tauhid” kerana itu bukan bidangnya.

“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad,” katanya pada sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Berhubung tuduhan itu, Siti Kasim mempersoalkan di mana “4 saksi” mufti Perak, dan berkata: “Syariah tidak menerima video sebagai bukti”, merujuk kepada apa yang dilaporkan dikatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Harussani juga menasihati Siti Kasim dengan berkata “orang yang murtad terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam”.

“Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah,” kata Harusssani.

Siti Kasim turut mempersoalkan jika Harussani menyamakan dirinya dengan Tuhan.

“Adakah dia Tuhan? Memahami kepercayaan anda itu perlu. Allah perintah ummah untuk menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya ialah dengar nasihatnya sendiri.

“Jangan cakap perkara yang kita tidak tahu kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri,” katanya.

Harussani berkata demikian ketika mengulas laporan media yang menyebut tentang kenyataan Siti Kasim berhubung tuhan dalam satu temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memanggil Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan tuhan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/03/mufti-perak-nasihati-siti-kasim-pelajari-islam/



Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments