Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Datuk Seri’ masuk Islam tarik pelabur Islam, kata bekas bendahari MIC

 | April 10, 2017

Seorang bekas pemimpin MIC mendakwa ia helah pasangan pemilik syarikat forex itu untuk menarik kira-kira RM55 juta dari pelabur beragama Islam.

forex-scam-1PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin MIC mendakwa seorang “Datuk Seri” dan isterinya yang memiliki sebuah syarikat tukaran asing (forex) memeluk agama Islam pada 2013 dalam usaha meyakinkan pelabur Islam melabur wang mereka ke dalam syarikat mereka.

Bekas bendahari agung MIC, Datuk R Ramanan merupakan antara beberapa orang yang mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat yang dimiliki pasangan itu.

Semalam, beliau bersama puluhan lain yang didakwa ditipu membuat laporan polis difailkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

“Polis melakukan kerja yang hebat setakat ini, tetapi kita baru dapat ‘ekor ular’, sedangkan ‘kepala’nya masih di luar sana,” kata Ramanan dipetik The Star.

Sebuah klip video yang mula diedarkan di media sosial baru-baru ini menunjukkan pasangan itu melakukan lafaz syahadah dibantu oleh seseorang.

Akhir bulan lalu, polis menahan reman 6 suspek berusia antara 28 dan 38, selama 21 hari di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah (Poca) berkaitan serbuan ke atas syarikat itu.

Ia selepas syarikat forex itu ditumpaskan Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 28 Mac lalu.

Ramanan mendakwa pasangan suami isteri itu memeluk Islam pada 2013 untuk meyakinkan pelabur Islam meletakkan kira-kira RM55 juta dalam syarikat mereka.

Kira-kira 20,000 pelabur melabur sekurang-kurangnya RM2,000 setiap seorang kepada syarikat forex yang menjanjikan pulangan harian, katanya.

The Star juga memetik beberapa pelabur yang mendakwa ditipu.

“Dia beritahu syarikat itu berdaftar di New Zealand dan dia memperoleh keuntungan sekitar RM2.4 juta,” kata Amy Salmiah Dahlan, 43.

Sri Kumar, 42, berkata terdapat beberapa “pulangan baik” beberapa bulan pertama selepas beliau melabur pada Februari tahun lepas.

“Tapi dari Ogos tahun lepas, saya tidak pernah melihat apa-apa pulangan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments