Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Anak Hadi ganti anak Nik Aziz jadi ketua Pemuda PAS

 | April 19, 2017

Ia selepas Nik Abduh mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatannya.

Muhammad-Khalil-Abdul-Hadi-pasKUALA LUMPUR: Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak presiden PAS, semalam diumumkan ketua Pemuda PAS baru menggantikan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang tidak mempertahankan jawatannya.

Khalil yang merupakan anak sulung Datuk Seri Abdul Hadi Awang, merupakan timbalan ketua Pemuda PAS, dan diumumkan menang tanpa bertanding.

Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Ketua Pemuda Khairil Nizam Khiruddin dan Naib Ketua, Ahmad Fadhli Shaari.

Muktamar PAS ke-63 dijadual berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei ini.

Nik Abduh, yang merupakan anak bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyandang jawatan ketua Pemuda sejak muktamar 2015, yang menyaksikan perpecahan parti Islam itu selepas kemaraan penyokong Hadi yang mempersoalkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, gabungan yang kini dimansuhkan.

Sebelum ini, Nik Abduh, 47, yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, berkata beliau mahu memberikan peluang kepada pemimpin lain dalam PAS menerajui sayap itu.

Tiada had umur untuk jawatan ketua dan timbalan ketua dalam Pemuda PAS, walaupun jawatan lain meletakkan syarat penyandang perlu berumur tidak melebihi 40 tahun.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments