Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan anggap remeh ahli keluar, naib presiden PPBM beritahu Muhyiddin

 | April 19, 2017

Jangan terus menganggap perkara ini kecil dan mengatakan tidak mengapa dan menuduh orang itu ini tinggalkan parti sebab dia kecewa, kata Hamidah Osman.

hamidah-osmanPETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menyeru presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius tindakan salah seorang pengasas parti itu, Kamarulazman Habibur Rahman keluar parti.

Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata pemimpin PPBM dan Muhyiddin tidak boleh berdiam diri atau menganggap tindakan keluar parti perkara yang remeh.

“Saya sedih dengan tindakan yang dibuat sebab saya tahu Kamarulazman ini adalah orang yang awal dan pengasas parti dan saya tahu beliau banyak berkorban.

“Saya rasa perkara ini satu perkara serius dan tidak boleh dipandang remah, Muhyiddin selaku presiden kena melihat perkara ini dan tidak boleh terus berdiam diri.

“Jangan terus menganggap perkara ini kecil dan mengatakan tidak mengapa dan menuduh orang itu ini tinggalkan parti sebab dia kecewa, sebab akhirnya parti menerima akibat,” katanya kepada FMT.

Hari ini, Kamarulazman mengumumkan keluar PPBM dan meletak semua jawatan parti, dengan berkata pemimpin parti hanya mengutamakan jawatan dan bukannya berjuang untuk rakyat.

“Ramai di kalangan mereka yang menghabiskan masa untuk berada bersama pemimpin dan lebih suka memburukkan penggerak yang membuat kerja. Saya juga dapati PPBM mempergunakan para penggerak awal dalam mendapatkan sokongan terhadap parti.

“Saya mula sedar bahawa dalam PPBM seperti ada perbezaan darjat dan kasta, seorang ahli itu akan lebih tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan kepada presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong,” kata Kamarulazman.

Hamidah berkata isu keluar parti bukan perkara baru tetapi pernah berlaku melibatkan tindakan keluar beramai-ramai di beberapa kawasan.

“Benda ini bukan pertama kali, kita lihat berlaku di Baling, kita juga lihat berlaku di Rembau dan ini pula melibatkan majlis pimpinan tertinggi, Saya rasa Muhyiddin kena teliti apa yang diperkatakan Kamarulazman supaya perkara ini tidak menjadi satu barah,” katanya.

Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Anina Saadudin terkejut dengan keputusan Kamarulazman, menyifatkannta satu kehilangan besar buat parti.

“Ia adalah satu kehilangan besar bagi saya secara peribadi. Mungkin tidak bagi orang lain. Saya kenal beliau lebih dari yang lain. Saya tahu semangat perjuangannya lebih dari yang lain,” katanya dihubungi FMT.

Anina berkata beliau tidak bersetuju sekiranya ada pihak cuba mengecam Kamarulazman susulan keputusannya.

“Tutuplah mulut jahat kita jika kita tidak pernah berkorban dan berani menentang Datuk Seri Najib Razak sepertimana yang telah beliau lakukan,” katanya.

PPBM ditubuhkan pada 8 September 2016, dan rata-rata dianggotai bekas pemimpin Umno.

PPBM terlalu pentingkan jawatan perdana menteri, kata bekas pemimpin


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments