Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Khalid Samad patut bersyukur tak dipukul teruk, kata anak Tajuddin

 | April 19, 2017

Anak pemimpin Umno Pasir Salak itu berkata ahli Parlimen Shah Alam bernasib baik.

firdau-2

PETALING JAYA: Firdaus Tajuddin, salah seorang anak wakil rakyat Pasir Salak yang baru-baru ini dihukum denda RM100 bersama 7 pemuda kerana merusuh di Parlimen November lalu, berkata sasaran mereka, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, sepatutnya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan.

“Dia patut bersyukur, kalau dia hina bapa orang lain, mungkin dia teruk dipukul,” katanya kepada FMT.

Firdaus, 35, abangnya Faizal, 43, adalah anak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Mereka bersama 6 lain dituduh menggunakan perkataan kesat dan berkelakuan mengugut Khalid tahun lepas dengan niat mengganggu keamanan.

Ia selepas Tajuddin dan Khalid bertikam lidah di Dewan Rakyat, selepas Khalid menggunakan perkataan “sial” ketika mendesaknya menarik balik kenyataan berbaur lucah terhadap Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Tajuddin dalam perbahasan berkata Teresa adalah satu-satunya wanita yang mempunyai “Kok”, mencetuskan ketegangan dalam Dewan Rakyat.

Firdaus berkata Khalid bernasib baik kerana mendakwa Khalid mungkin dibelasah teruk sekiranya ia melibatkan orang lain.

Khalid yang kesal dengan hukuman yang dikenakan ke atas Firdaus dan Faizal, mencabar mereka berdua mengulangi perkataan “Kok” terhadap Teresa di luar Dewan.

Firdaus berkata apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat tahun lalu tiada kena mengena dengannya.

“Kami tidak terlibat dengan pertelingkahan berlaku antara mereka.

“Kami marah kerana Khalid memanggil bapa kami ‘sial’ dan mencabar kami mengulangi perkataan ‘kok’ sebagai berniat jahat, cuba putar belit untuk mengalih isu sebenar ,” katanya kepada FMT.

Khalid cabar anak Tajuddin ulang perkataan ‘kok’ di luar Parlimen


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments