Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sekarang baru tahu susah jadi pembangkang, PAS beritahu Dr M

 | April 19, 2017

PAS membalas tuduhan Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan parti itu 'malapetaka' dan hanya merosakkan perpaduan Melayu.

idris-mahathirPETALING JAYA: PAS menyerang balik Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas bekas perdana menteri itu mendakwa parti Islam itu hanya wujud untuk memecah belahkan orang Melayu.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mempersoalkan mengapa Dr Mahathir “terlalu berdendam” dengan parti itu.

“Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri. PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN. PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang.

“Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia,” katanya.

Dr Mahahir yang kini mempengerusikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam menyifatkan PAS sebagai “malapetaka” terhadap perpaduan Melayu.

Katanya, keputusan PAS untuk bertanding sendiri di luar kerjasama parti pembangkang lain hanya bertujuan membantu Barisan Nasional dengan cara memecahkan undi pembangkang.

“Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (Umno). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah,” katanya dalam penulisan blog semalam.

“Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.”

Idris sebaliknya berkata Dr Mahathir yang memecah belahkan orang Melayu sepanjang pemerintahannya.

“Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun Melayu berpecah? Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan. Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Beliau mempertahankan keputusan PAS untuk tidak menyertai Pakatan Harapan, gabungan yang menyatukan PKR, DAP, Amanah dan PPBM dalam usaha memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH.

“Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu,” kata Idris.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments