Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM panggil Shafie Apdal bantu siasatan Mara

 | April 20, 2017

Shafie Apdal akan dipanggil memberi keterangan berhubung isu pembelian pangsapuri oleh Mara Inc di Australia sekiranya perlu.

Shafie-Apdal-sprmISKANDAR PUTERI: Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dipanggil memberi keterangan berhubung isu pembelian pangsapuri oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Australia, sekiranya perlu, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata dalam menjalankan siasatan, sesiapa sahaja boleh dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk bekas menteri itu.

“Kita akan lihat keperluan, kalau perlu, kita panggil dan kalau tidak, tidak perlu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (BP) peringkat kerajaan negeri Johor yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama-sama 9 Exco di Pejabat Menteri Besar hari ini.

Sebelum ini, Shafie menyatakan kesediaannya disiasat SPRM berhubung isu berkenaan.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki memberitahu sebanyak 24 individu dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

Katanya, pihaknya turut menjalankan siasatan meliputi lebih 7 premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah selepas memperoleh maklumat baharu yang berkaitan dengan pembelian hartanah berkenaan.

Azam turut berkata sehingga penghujung tahun ini, siasatan belum tentu selesai kerana akan mengambil masa yang lama apabila melibatkan pihak di luar negara.

 

SPRM panggil 24 individu berhubung pembelian pangsapuri di Australia


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments