Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerugian forex Bank Negara: Anwar dibawa ke Kementerian Kewangan

 | April 20, 2017

Anwar adalah timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika Bank Negara Malaysia mengalami kerugian berbilion ringgit pada awal 1990-an.

anwar-bnmPETALING JAYA: Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian akibat aktiviti spekulasi urus niaga pertukaran mata wang asing (forex) dialami Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an, hari ini memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan untuk membantu siasatan itu.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika BNM mengalami kerugian berbilion ringgit pada awal 1990-an.

Menurut laporan Malaysiakini, bekas ketua pembangkang itu dibawa dari Penjara Sungai Buloh, di mana dia sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan liwat, ke Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Keluarga Anwar berkata, mereka hanya dimaklumkan mengenai pendengaran itu hari ini.

Anak sulungnya, Nurul Izzah berkata, keluarganya tidak dibenarkan menemui bapanya.

“Malah, peguam R Sivarasa tidak dibenarkan mewakili bapa saya ketika pendengaran itu,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipetik portal berita itu.

Anwar sebelum ini berjanji akan memberi kerjasama kepada pasukan petugas khas itu, jika perlu.

Pada 15 Februari lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas itu selepas bekas penolong gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa BNM mengalami kerugian AS$10 bilion dalam forex pada awal 1990-an ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, pasukan petugas khas itu akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti.

Pada 14 Mac lalu, Pengerusi pasukan petugas khas itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilaporkan berkata, pihaknya menyasar untuk melaporkan hasil siasatan kepada Kabinet dalam tempoh 3 bulan.

Kabinet tubuh pasukan siasat kerugian forex Bank Negara

Bekas KSN dilantik pengerusi siasatan kerugian forex Bank Negara


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments