Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM sita banglo RM1.2 juta milik Adam Rosly

 | April 20, 2017

Adam Rosly yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dimilikinya, akan didakwa di mahkamah esok.

adamrosly-sprmPETALING JAYA: Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan agensi itu sudah menyita banglo Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly di Ampang yang dibeli dengan wang tunai RM1.2 juta.

Sumber SPRM yang dihubungi FMT turut mengesahkan Adam yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dimilikinya, akan didakwa di mahkamah esok.

Adam dijangka dituduh mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) atas kesalahan memberi keterangan serta dokumen palsu ketika siasatan dijalankan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi FMT sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan.

Pemuda berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM pada 13 April lalu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kekayaan luar biasa yang dimilikinya. Tempoh reman Adam dilanjutkan 4 hari lagi bermula Rabu lalu.

Kekayaan Adam menjadi perhatian selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mempertikaikan rumah besar dan kereta mewah yang dimilikinya, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti.

November lalu, Jamal membawa wartawan menaiki helikopter meninjau banglo milik Adam, sambil mempersoalkan sumber kekayaan pemimpin Pemuda PKR itu. Susulan itu, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan SPRM terhadap Adam.

Adam menafikan salah laku dan mendakwa memiliki perniagaan sendiri, namun tidak mendedahkan lebih lanjut atas alasan keselamatan.

Adam Rosly dilanjut reman


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments