Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

554 pelajar menengah, majoriti Melayu, positif dadah tahun ini

 | April 21, 2017

Menteri pendidikan memberi amaran kepada sekolah jangan sembunyikan masalah itu.

madzhr-khalidPETALING JAYA: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi amaran kepada pengetua sekolah yang cuba menyembunyikan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar mereka, selepas pendedahan 554 pelajar sekolah menengah didapati positif dadah dalam tempoh singkat 1 Januari sehingga 15 Mac tahun ini.

“Kebanyakan mereka pelajar Melayu dalam Tingkatan Empat. Jumlah itu wajar bagi membolehkan tumpuan diberikan,” kata Mahdzir dipetik Harian Metro hari ini.

“Pengetua atau guru besar perlu melaporkannya dan kita akan rungkaikan semua sekali dalam daerah (PPD) seterusnya kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan melaluinya kita tahu berapa ramai yang terbabit.”

Menurutnya, sebahagian besar daripada mereka mengambil dadah sintetik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Johor, Lukas Ak Aket pula dipetik The Star berkata, daripada jumlah itu, 13 kes dikesan di Johor.

Sementara Ketua JSJ Pulau Pinang Maidu Abu Bakar berkata sebanyak 4 kes dicatatkan di negeri itu.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Chong Sin Woon berkata pelajar yang positif dadah atau dijumpai dadah pada dirinya akan dihantar untuk kaunseling.

“Kami akan membuat pemeriksaan susulan terhadap pelajar itu setiap 3 bulan bagi memastikan mereka bebas dadah.

“Kami akan hantar mereka ke pusat pemulihan jika ketagihan ini berterusan,” kata Chong.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments