Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hindraf desak polis tahan Asri hasut Islam, hina Hindu

 | April 21, 2017

P Waythamoorthy berkata, sedangkan rakyat biasa yang menjatuhkan belon di depan perdana menteri ditahan polis, inikan pula kata-kata menghina agama lain.

P-WaythamoorthyPETALING JAYA: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mendesak polis menahan Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina dan menimbulkan kebencian terhadap masyarakat beragama Hindu.

Pengerusi kumpulan hak asasi kaum India itu, P Waythamoorthy berkata, catatan terbaru Asri itu secara terang-terangan menghina agama Hindu.

“Dia sebut menyembah lembu. Status itu secara terang-terangan berkait dengan Dr Zakir Naik. Dia menghasut masyarakat Islam dengan menimbulkan kebencian terhadap masyarakat Hindu.

“Seharusnya polis memberkas Asri dan menyiasat dia untuk kesalahan menghasut dan menimbulkan ketegangan antara masyarakat pelbagai agama di Malaysia,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Asri di Facebooknya yang menyelar golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.

“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu,” Asri memulakan catatan ringkas yang disifatkannya “puisi pagi Jumaat”.

Walaupun tidak menamakan individu dimaksudkannya, mufti Perlis itu pernah mempertahankan pendakwah kontroversi dari India, Zakir yang dikecam beberapa NGO bukan Islam, termasuk Hindraf.

Asri pernah membidas tindakan sekumpulan aktivis, termasuk Waythamoorthy bersama 18 individu lain yang menyaman kerajaan atas dakwaan melindungi Zakir.

Waythamoorthy berkata, Zakir berjaya menimbulkan kebencian dan perbalahan masyarakat berbilang kaum serta agama di Malaysia sehinggakan Asri yang arif dalam bidang agama juga terpengaruh dengannya.

“Kalau dia (Asri) seorang yang arif dalam agama Islam boleh mengeluarkan puisi sedemikian menghasut dan menimbulkan kebencian, apa lagi masyarakat biasa?

“Adakah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan senyap sahaja, sedangkan orang biasa yang menghasut akan ditangkap, adakah polis akan berdiam diri?

“Orang jatuhkan belon di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun kena tangkap. Ini lagi dengan kata-kata.”

Sementara itu, Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia, R S Mohan Shan menyelar Asri dengan menyifatkan ia tindakan bodoh dan tiada pengetahuan mengenai agama Hindu.

Katanya, sebagai seorang mufti, Asri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan memburukkan agama lain.

“Jika dia memahami Hindu, dia tidak akan mengeluarkan kata-kata sedemikian. Kita (Hindu) sentiasa menghormati setiap manusia. Dia tidak sepatutnya membuat sebarang kiasan jika tidak faham agama berkenaan (Hindu),” katanya.

 

Asri bidas penyembah ‘lembu’ yang halang ‘pendakwah kita’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments