Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Iklan kasut sekolah India sekadar salah faham, kata Bata

 | April 21, 2017

Bata mengeluarkan iklan itu sempena kempen 'Warisan' di seluruh dunia untuk meraikan 100 tahun sejarah dan kepelbagaian.

bata_shoe_600

PETALING JAYA: Pembuat kasut jenama popular, Bata hari ini menjelaskan berlaku salah faham terhadap iklan kasutnya yang didakwa bersifat perkauman dan tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Syarikat itu menerusi kenyataan hari ini berkata, iklan “Shoes for Indian school children” atau “Kasut untuk kanak-kanak sekolah India” itu adalah sebahagian daripada kempen “Warisan” di seluruh dunia untuk meraikan 100 tahun sejarah serta kepelbagaian.

Katanya, menerusi kempen itu, mereka memasarkan model kasut “Bata Tennis” dan “Bata Bullet” untuk pasaran Malaysia.

“Bata Bullet” direka pada 1964 untuk pasukan bola keranjang NBA, Baltimore Bullets.

Bata berkata, salah faham timbul susulan iklan bagi memperingati model kasut “Bata Tennis” yang pernah dikeluarkan di India.

“‘Bata Tennis’ dicipta pada 1963 di India untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Ia menjadi satu daripada kasut sekolah terlaris sepanjang masa – dengan lebih setengah bilion pasang kasut itu terjual.”

Jelasnya, Bata tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana agama atau kaum.

“Kami berada di Malaysia sejak 1930-an, dengan rakyat daripada pelbagai budaya dan kepercayaan. Identiti pelbagai budaya di Malaysia mencerminkan diri kami,” kata jenama kasut yang berasal dari Republik Czech dan diasaskan Thomas J Bata.

Baru-baru ini, pengguna Internet menyelar Bata bersifat perkauman selepas gambar iklan “Kasut untuk kanak-kanak sekolah India” mula tersebar di media sosial. Ada yang berpendapat syarikat itu sepatutnya menggunakan ayat dengan betul dalam iklannya.

Ini adalah kali ke-2 Bata menjadi kritikan ramai.

Awal bulan ini, syarikat itu dikatakan kerugian RM500,000 selepas didakwa menjual kasut yang mempunyai kalimah Allah di bahagian tapaknya.

Ia kemudiannya didapati ialah dakwaan palsu, tetapi ia sudah menjejaskan nama baik jenama kasut yang popular di Malaysia selama beberapa generasi itu dan mempunyai kilang di Klang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments