Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan syok sendiri, pengangkutan awam masih bermasalah, kata Amanah

 | April 21, 2017

Kajian WEF itu perlu dibaca bersama kajian SPAD yang mendapati separuh daripada pengguna tidak berhasrat menggunakannya pada masa depan.

Dzulkefly-Ahmad_pengangkutan_600

PETALING JAYA: Pengguna pengangkutan awam masih berdepan kos mahal dan jadual tidak tetap, kata Amanah, selepas Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa bangga dengan sebuah kajian yang meletakkan Malaysia di tangga ke-11 infrastruktur pengangkutan terbaik dunia.

“Penting untuk kerajaan Najib tidak syok sendiri dan kembali kepada realiti kesusahan yang dihadapi rakyat pada hari ini,” kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad

Kajian dijalankan World Economic Forum (WEF) baru-baru ini meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dari 138 negara dalam kemudahan pengangkutan awam dan swasta.

Najib berkata pengiktirafan itu adalah hasil usaha dan polisi kerajaan Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat.

“Kerajaan menyediakan infrastruktur berkelas dunia kepada rakyatnya dan akan mengubah landskap sosio-ekonomi Malaysia dan cara hidup rakyat,” kata Najib.

Dzulkefly tidak menafikan pengiktirafan itu, tetapi berkata rakyat masih merasakan kos pengangkutan mahal, sistem pengangkutan yang tidak menepati masa mengikut jadual dan masalah “connectivity” yang membuktikan kegagalan perancangan.

Menurutnya, kajian terkini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenai tahap kepuasan terhadap pengangkutan awam menunjukkan 48% pengguna tidak berhasrat menggunakannya pada masa depan.

“Najib perlu akui kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam menurun 13.95% berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Dzulkefly sekali lagi mempersoalkan pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), mengulangi desakan agar syarikat itu dan Kementerian Pengangkutan mendedahkan segera laporan tahunan bagi tempoh 3 tahun lalu.

“Ke mana perginya RM11.69 billion wang rakyat dibelanjakan?” katanya merujuk peruntukan kepada KTMB.

Dzulkefly berkata kemudahan pengangkutan penting dalam indeks harga pengguna (CPI) yang kini melonjak ke paras 5.1% pada Mac lalu, tertinggi sejak 2008 sejak yang mencatat CPI ke tahap 5.8%.

“Kembalikan kos pengangkutan yang berpatutan mengikut tahap bebanan ekonomi rakyat,” tambahnya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments