Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kecoh luar sekolah, polis tahan 18 orang

 | April 21, 2017

Video menunjukkan penunggang motosikal menyalakan mercun, menjerit, memegang sepanduk dan merempit tersebar di laman sosial

VIDEO INSIDE

khalid-abu-bakar_kecho_gang24_sekolah_600

PETALING JAYA: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan penunggang motosikal yang mencetuskan kekecohan di luar sebuah sekolah, selepas video kekecohan itu tersebar malam semalam.

Dalam tweet pagi ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata 18 individu ditahan kerana didakwa terbabit dalam aktiviti Gang 24.

Beliau berkata ia termasuk 13 pelajar dan 5 yang lain yang ditangkap sekitar Klang.

Beliau memberi amaran lebih ramai lagi akan ditangkap.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Staffoc) yang pantas menumpaskan jenayah terbabit dan menulis di twitternya,

“Syabas STAFFOC @PDRMsia, 13 pelajar, 5 bukan pelajar di sekitar Klang. Ramai lagi akan ditangkap terlibat dalam aktiviti Gang 24.”

Malam tadi, 2 video menunjukkan penunggang motosikal menyalakan mercun, menjerit, memegang sepanduk dan merempit tersebar di laman sosial.

Dalam klip 45 saat itu kelihatan lelaki yang memakai topi keledar mengibarkan sepanduk tertulis TD4 24.

Seorang lagi memusingkan rantaian mercun panjang yang dibakar dan meletup di udara dengan kuat.

Sesetengah pelajar lelaki dalam video ini kelihatan cemas dalam kekecohan yang penuhi asap mercun dan berjalan menjauhi lokasi kejadian sambil menutup hidung mereka.

Menurut laporan The Star, video lain selama 1.14 minit, menunjukkan penunggang motosikal itu melakukan perkara yang sama berulang kali.

Menurut akhbar itu, kekecohan tercetus selepas waktu sekolah kerana ramai pelajar yang berjalan kaki dilihat cuba mengelak penunggang motosikal.

Video ke-2 didekatkan paparannya dan terlihat tulisan “SMK Sri Andalas”, “24” dan “Apache” ditulis di sepanduk.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments