Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kenapa dunia perlu hormat Malaysia, soal Dr Mahathir

 | April 21, 2017

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam era Internet, semua orang tahu gambaran sebenar dalam negara ini, sekalipun laporan indah yang disiarkan media 'terkawal'.

mahathir-tn50KUALA LUMPUR: Bagaimana dunia hendak menghormati Malaysia apabila berlaku terlalu banyak kesilapan di bawah kerajaan sedia ada, soal Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi catatan terbaru di blognya.

Bekas perdana menteri itu menyenaraikan beberapa sebab dunia tidak akan menghormati Malaysia, sekalipun Datuk Seri Najib Razak mahu masyarakat antarabangsa berbuat demikian.

Katanya, paling utama ialah tahap rasuah di negara ini apabila dunia melabelkan Malaysia sebagai sebuah daripada 10 negara paling korup di dunia.

Antara isu berkaitan rasuah ialah skandal 1Malaysia Development Bhd yang tidak diselesaikan, termasuk kehilangan berbilion ringgit dan peguam negara Switzerland berkata, beliau tidak mendapat kerjasama daripada peguam negara Malaysia dalam siasatan ke atas 1MDB.

“Kemudian ada AS$681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadi PM,” katanya merujuk wang yang dimasukkan ke akaun Najib.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Najib bebas daripada sebarang salah laku kerana wang itu adalah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Dr Mahathir berkata, mengisytiharkan beberapa laporan siasatan oleh agensi tempatan sebagai rahsia kerajaan sukar diterima dunia.

“Dunia sedar akan pemecatan juruaudit oleh 1MDB dan tiada pengauditan 1MDB sejak 2 tahun lalu.

“Fakta ini diketahui dunia. Rakyat Malaysia tahu lebih lanjut. Mereka tahu kerajaan Malaysia banyak berhutang, berada dalam defisit dan tidak mampu memenuhi peruntukan bajet.

“Mereka tahu tahap tinggi rasuah dalam kerajaan. Mereka ketawakan sokongan yang dirancang untuk perdana menteri. Dan mereka tahu sejumlah besar wang yang diterima ahli Parlimen BN untuk menjamin kesetiaan mereka.

“Mereka tahu kejatuhan nilai ringgit, kos sara hidup tinggi dan penurunan taraf hidup mereka.”

Dr Mahathir berkata, “media terkawal” mungkin menyiarkan laporan indah tentang ekonomi Malaysia, tetapi dunia tahu rakyat Malaysia menderita dari segi ekonomi dan kadar pengangguran, serta mereka hidup dalam ketakutan diganggu agensi kerajaan.

“Dalam dunia komunikasi dan Internet serba mudah, apa yang rakyat Malaysia tahu juga akan diketahui seluruh dunia. Oleh itu, soalan ditanya kepada rakyat Malaysia apabila mereka ke luar negara.

“Di mana, sebelum ini ada kebanggaan terhadap pencapaian Malaysia, kini warga asing tanya rakyat Malaysia ‘Apa yang berlaku kepada negara anda?’. Jelas sekali mereka tahu berlaku kesilapan di Malaysia.

“Tetapi, Najib seolah-olah menuntut dunia menghormati Malaysia. Apa yang perlu dunia hormat kepada Malaysia?” soalnya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments