Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mahkamah keluar waran tangkap pelakon gagal hadir prosiding LHDN

 | April 21, 2017

Pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi 6 pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 78(a) dan Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967.

court-lhdn1CYBERJAYA: Satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang artis wanita muda kerana gagal menghadirkan diri bagi prosiding kesnya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN berkata, pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi 5 pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 supaya mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi 5 tahun taksiran, iaitu 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Selain itu, artis terbabit turut menghadapi 1 lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 81 ACP 1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, saman itu diserahkan kepada tertuduh pada 11 April lepas yang mengkehendakinya menghadiri sesi sebutan kes itu pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

“Namun tertuduh ataupun wakilnya gagal hadir ketika sebutan kes berlangsung,” kata LHDN.

Susulan itu, LHDN berkata, peguam Hasil Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh dan dibenarkan Majistret P Sarulatha.

Majistret turut menetapkan tarikh baharu sebutan kes itu pada 24 Mei ini, kata LHDN.

Menurut LHDN, kegagalan mematuhi kedua-dua notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments