Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Pengecualian visa AS untuk rakyat Malaysia masih dibincangkan’

 | April 21, 2017

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Januari lalu berkata, Malaysia memenuhi semua keperluan kecuali 1 syarat iaitu mengekalkan permohonan visa di bawah 3%.

Patrick-Murphy-us-visaKUALA LUMPUR: Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (AS) bagi pemegang pasport Malaysia masih dibincangkan, kata Timbalan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Tenggara di Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Patrick Murphy.

“Malaysia sedang berusaha memenuhi sesetengah keperluan (yang ditetapkan Jabatan Negara AS) dan ia boleh dibincangkan di masa depan,” katanya dalam kenyataan sebagai respons kepada soalan Bernama mengenai status program itu yang dibincangkan selama 2 tahun.

Isu ini menjadi keprihatinan dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin melawat AS susulan larangan perjalanan oleh pentadbiran baharu di bawah Presiden Donald Trump, yang pihak tersebut khuatir larangan itu juga termasuk negara lain.

Dilaporkan, Malaysia sudah menyatakan hasrat untuk menyertai program pengecualian visa itu semasa perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden AS ketika itu, Barack Obama semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada April 2014.

Menerusi program itu, rakyat Malaysia boleh memasuki dan menetap di AS tanpa visa bagi tempoh maksimum 90 hari untuk melakukan urusan pelancongan dan perniagaan.

Pada 27 Januari lalu, Malaysia menyuarakan keyakinan pentadbiran AS di bawah Trump akan meneruskan program pengecualian visa bagi Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia memenuhi semua keperluan kecuali 1 syarat iaitu mengekalkan permohonan visa di bawah 3%.

Kini, kadar penolakan ialah 3.7% dan Malaysia yakin dapat memenuhi syarat 3% menjelang September 2018, katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments