Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Raja Bomoh ditahan di Johor

 | April 21, 2017

Ibrahim Mat Zin ditahan pada jam 2.30 pagi tadi, dipercayai di sebuah hotel di Segamat.

rajabomoh-johorPETALING JAYA: Polis hari ini menahan Ibrahim Mat Zin yang lebih dikenali sebagai Raja Bomoh di Segamat, Johor.

Harian Metro memetik sumber sebagai berkata, Ibrahim ditahan pada jam 2.30 pagi Jumaat, dipercayai di sebuah hotel di bandar itu.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Ibrahim kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk membantu siasatan.

Pada 22 Mac lalu, Raja Bomoh tidak mengendahkan arahan untuk hadir ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memberi penjelasan berhubung video viral menunjukkan dirinya mengadakan upacara ritual di pantai, kononnya bertujuan melindungi Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara, bulan lalu.

Video beliau bersama pembantunya melakukan ritual menggunakan meriam buluh untuk “menggagalkan” ancaman asing atau serangan ke atas Malaysia mula bersebar di laman sosial pada 12 Mac lalu.

Beliau berbuat demikian susulan ketegangan politik antara Malaysia dan Korea Utara berikutan pembunuhan abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Nam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, pada 13 Februari lalu.

Pada 18 Mac lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) giat mengesan bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.

Keesokannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyeru Ibrahim menghentikan aktiviti ritualnya kerana tindakannya itu boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama perkara yang membabitkan perbuatan syirik.

“Sebahagian masyarakat kita suka terlebih-lebih (dalam perbuatan). Ada ke patut menembak menggunakan buluh meriam. Ini perbuatan syirik. Syirik tidak ada dalam adat budaya kita.

“Cukuplah, jangan lakukan perkara yang mengarut. Perbuatan dia jelas memalukan orang Melayu. Saya minta dia hentikan dan jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan,” kata Khalid.

Pada 3 Ogos 2015, kerajaan Perak mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara perbomohan Ibrahim di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Polis hanya akan tangkap Raja Bomoh atas permintaan Jawi

Raja Bomoh ‘buat bodoh’, tak hadir ke Jakim

Henti tular upacara Raja Bomoh, kata Timbalan Menteri


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments