Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rakyat Malaysia didakwa sebabkan kemalangan di Australia

 | April 21, 2017

Lelaki berusia 31 tahun itu berdepan 4 pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kecederaan parah dan 2 pertuduhan memandu dengan cuai yang mendatangkan kecederaan.

australis_man_law_acdnt_600PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Joondalup, Australia hari ini atas dakwaan menyebabkan kemalangan besar di Australia Barat, Ahad lalu.

Kemalangan yang berpunca daripada lelaki berusia 31 tahun itu begitu serius sehingga menyebabkan lokasi nahas di Indian Ocean Drive terpaksa ditutup kepada lalu lintas bagi membolehkan mangsa cedera diselamatkan dan kenderaan rosak dialihkan.

The West Australian melaporkan rakyat Malaysia itu menghadapi 2 pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kecederaan parah dan 2 dakwaan memandu dengan cuai yang mendatangkan kecederaan.

Menurut laporan itu, nahas yang berlaku pada jam 1 tengah hari, 16 April lalu begitu besar sehingga menyebabkan helikopter terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa cedera.

Akhbar itu melaporkan warga Malaysia itu didakwa memandu kereta Toyota Corolla dan bertembung sebuah kereta Mazda di Teluk Breton, dekat Lancelin. Impak pelanggaran itu menyebabkan 2 kenderaan terbabit terbabas, di mana Mazda berkenaan bergolek beberapa kali sebelum berhenti.

Rakyat Malaysia itu cedera parah dan diterbangkan ke Hospital Royal Perth, manakala 2 lagi cedera ringan.

Menurut laporan itu, 3 lagi mangsa cedera dibawa ke hospital dengan ambulans.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments