Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

TMJ serahkan SPRM butiran peribadi pemain untuk dipantau

 | April 21, 2017

Turut dalam senarai itu ialah pengadil dan pegawai FAM.

tmj_sprm_600

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menerima senarai butiran peribadi pemain bola sepak dan kakitangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada Tunku Mahkoja Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagi tujuan memantau mereka secara rapi.

Ia diserahkan kepada SPRM semalam dalam pertemuan antara TMJ dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, timbalannya (Operasi) Datuk Azam Baki dan Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, malam tadi.

“SPRM menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan akan memberikan sokongan serta komitmen yang sepenuhnya untuk memastikan sukan bolasepak negara yang melibatkan para pemain, para pengadil perlawanan serta para pegawai sukan bersih serta bebas daripada anasir jenayah rasuah dan salahguna kuasa,” kata suruhanjaya itu.

Senarai tersebut antara lain mengandungi butiran peribadi pemain bola sepak kebangsaan, pengadil perlawanan, pegawai pasukan dan kakitangan FAM.

TMJ menjadi presiden FAM bagi penggal 2017-2021, selepas pencabarnya Tan Sri Annuar Musa mengundur diri.

Sejak memangku jawatan itu, putera mahkota Johor itu mengumumkan beberapa langkah drastik dalam membawa perubahan kepada FAM, termasuk mengaudit akaun persatuan itu.

Tahun lalu, TMJ mendakwa mempunyai pendrive yang mengandungi maklumat rasuah dalam FAM daripada sumber yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments