Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zaid takut kebangkitan Islam di Kelantan, kata PAS

 | April 21, 2017

Kelantan bukan mundur seperti didakwa bekas menteri itu, kata PAS.

Che-Abdullah-Mat-Nawi-zaidPETALING JAYA: Keputusan Datuk Zaid Ibrahim memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan bagi mencabar peraturan mewajibkan peniaga berehat pada waktu Maghrib adalah kerana beliau “takut dengan kebangkitan Islam”, kata seorang exco Kelantan.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi, yang mempengerusikan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, berkata Zaid tidak dapat menilai Kelantan dari kaca mata Islam.

“Zaid tidak melihat Kelantan dari sudut Islam sebab itu beliau mendakwa Kelantan tidak membuat sebarang pembangunan,” katanya dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Zaid yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu sebelum ini berkata peraturan mewajibkan semua peniaga pasar malam untuk berhenti berniaga ketika masuk waktu Maghrib adalah tidak sah di bawah undang-undang, sebaliknya hanya menyusahkan rakyat Kelantan yang mencari rezeki.

“Pemimpin yang makan dedak tak payah cari makan di pasar malam. Orang biasa nak cari makan bikin susah,” katanya dalam kiriman Twitter.

Zaid, yang juga bekas menteri undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri, berkata akan memfailkan saman ke atas kerajaan Kelantan minggu ini, sambil menyifatkan peraturan itu cuba mengambil peluang ke atas umat Islam yang takut dilabel “jahil”.

Menurutnya peraturan melarang peniaga membuka kedai sebelum 3 petang sepanjang bulan Ramadan juga adalah tidak sah di bawah undang-undang.

Che Abdullah yang juga setiausaha PAS Kelantan berkata mereka yang tidak melihat Kelantan dari sudut Islam akan terpengaruh dengan dakwaan negeri itu mundur.

Menurutnya, langkah Kelantan mengharamkan judi dan hiburan tanpa kawalan, di samping memindahkan dana kerajaan ke dalam akaun Bank Islam, adalah usaha “ke arah memartabatkan Islam”.

“Saya yakin rakyat Kelantan tidak termakan dengan kritikan yang dilemparkan pemimpin terbabit termasuk mengugut mahu menyaman kerajaan negeri isu menghentikan seketika urusniaga pasar malam pada waktu Maghrib.

“Serangan beliau kali ini juga atas sifat yang sama, takut kepada kebangkitan Islam yang dibawa kerajaan Kelantan,” kata Che Abdullah.

Kerajaan Kelantan pimpinan PAS baru-baru ini berdepan kritikan di sebalik usaha meluaskan peraturan mewajibkan peniaga pasar malam termasuk bukan Islam menghentikan aktiviti perniagaan ketika waktu Maghrib.

Peniaga yang enggan mematuhi arahan itu boleh dikenakan denda atau digantung lesen perniagaan.

Henti niaga waktu Maghrib: Tanya peniaga Kelantan dahulu, kata Zaid


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments